Malaysia menamatkan cabaran dalam Kejohanan Boling Tenpin Wanita Dunia 2019 dengan tangan kosong selepas dua pemain terakhir yang beraksi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Sin Li Jane, tewas dalam acara Masters dalam Kejohanan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) semalam, (Khamis waktu Malaysia).
Malaysia juga gagal mempertahankan pingat emas dalam acara lima berpasukan yang mereka menangi pada 2017 di venue yang sama, sekali gus menyamai penyertaan mereka pada 2015 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyaksikan Malaysia pulang tanpa sebarang pingat.
Dalam perlawanan itu, Siti Safiyah memenangi permainan pertama pusingan pertama sebelum kalah dua lagi permainan kepada Bernice Lim dari Singapura 1-2 (231-201, 179-224, 132-221) untuk menduduki tempat ke-18 keseluruhan, mengikut laman web rasmi; www.2019wwc.worldbowling.org.
Bagaimanapun, Li Jane menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila mengalahkan Josefin Hemansson dari Sweden 2-0 (218-201, 191-158) dalam pusingan pertama, namun tewas kepada kepada Danielle McEwan (AS) dalam pusingan kedua 1-2 (236-226, 183-246, 193-224) untuk menduduki tempat ke-12 keseluruhan.
Untuk rekod, kesemua pemain negara gagal memberikan tentangan dalam kesemua acara; perseorangan, beregu, trio dan lima berpasukan, dalam kejohanan yang diadakan di Plaza Boling South Point itu.
Sejumlah 176 pemain boling dari 34 negara mengambil bahagian dalam kejohanan dwitahunan itu yang bermula Jumaat lalu.
-- BERNAMA