Skip to main content

Sukan Asia

Boling: Skuad lelaki hadapi cabaran getir

syafiq.jpg
Skuad boling lelaki negara berdepan cabaran besar untuk menempatkan diri dalam perebutan pingat acara masters selepas dua wakil Malaysia berada di luar daripada kelompok tiga terbaik setelah tamat blok pertama.

Hanya tiga yang terbaik daripada blok pertama serta kedua akan mara ke peringkat stepladder bagi aksi penentuan pingat, menyaksikan Malaysia mempertaruhkan Rafiq Ismail dan Syafiq Ridhwan Abdul Malik dalam kelompok 16 terbaik.

Syafiq, yang menamatkan saingan di kedudukan ke-13 menerusi 1,776 jatuhan pin, ternyata tidak terkesan dengan keperluan untuk meningkatkan prestasi dalam blok kedua.

"Hari ini saya tidak bermain dengan bagus, cuma mahu mengekalkan momentum. Saya mahu mengelakkan jarak mata yang jauh dengan kutipan pingat," kata Syafiq.

Taruhan terbaik negara dalam acara itu adalah Rafiq, namun dia akur dengan penurunan prestasi ketika siri permainan kedua daripada lapan yang dilalui hari ini.

Rafiq hanya dibezakan lima mata dengan pendahulu dan berada di kedudukan kedua sebelum menamatkan saingan di tempat keenam dengan catatan 1,889 jatuhan pin.

"Taktik Chinese Taipei menggunakan spinner memberikan kesan kepada saya, membuatkan cabaran agak sukar di peringkat awal. Reaksi bola tidak seperti diharapkan dan kebanyakannya tidak sempurna," ujar Rafiq.

Advertisement

Must Watch Video