Perbezaan permukaan gelanggang di Filipina menjadi kegusaran dan cabaran utama buat jurulatih skuad boling padang negara, Zuraidi Putih, menjelang Sukan SEA, November depan.
Bagaimanapun, dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN), skuad boling padang kebangsaan bakal ke Thailand bagi menjalani latihan di atas permukaan padang rumput pada awal November.
Buat masa ini, seramai 10 atlet lelaki dan sembilan wanita sudah memastikan tempat ke Sukan SEA dengan sasaran lima pingat emas diletakkan berbanding tujuh emas yang diraih skuad negara di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Zuraidi optimis anak buahnya mampu mencapai sasaran tersebut selepas beberapa atlet negara seperti Syafiqah Haidar dan Fairus Abd Jabal bersama pasangan, Syamil Syazuan, mencuri tumpuan dalam Kejohanan Boling Padang Asia Jia Xing di China, bulan lalu setelah masing-masing berjaya memenangi emas acara perseorangan wanita dan beregu lelaki.
"Berbekalkan bantuan MSN menerusi latihan yang dicadangkan, kelulusan sudah diterima untuk menjalani latihan di Thailand dengan kos yang berpatutan. Kami mungkin akan menjalani latihan di sana sekitar seminggu hingga dua minggu," katanya.
Dalam masa sama, salah seorang prospek emas negara yang terpaksa digugurkan daripada skuad kebangsaan atas faktor kesihatan adalah Nur Fidrah Nor dan digantikan dengan Afiqah Dayana Budiman selaku muka baru dalam skuad kebangsaan.
"Saya yakin dengan pemain dimiliki dan kami tidak mahu mereka fikir kami tidak mempercayai mereka. Sebab itu, saya sasarkan lima emas dan mereka harus mengambil peluang tersebut untuk membuktikan kebolehan sebelum cuba merebut slot ke Piala Dunia tahun depan," tambah Zuraidi.