BOLING PADANG
Boling Padang Kebangsaan: Otai masih berbisa!
Otai masih berbisa menjadi ungkapan yang sesuai buat pasukan triples Perak B yang menang mudah 19-2 ke atas rakan senegeri, Perak A, ketika cemerlang dalam Kejohanan Boling Padang Kebangsaan di Kompleks Sukan Nasional, Bukit Kiara, hari ini.
Ketua pasukan Perak B, Sazeli Sani, yang juga jurulatih skuad Sukan Malaysia (Sukma) Perak mengakui tiada tekanan ketika menghadapi perlawanan final itu biarpun perlu berentao dengan pemain nombor dua dunia, Izzat Shameer-Muhammad Aiman Hakim dan anaknya, Ahmad Zikri Aiman.
"Bukan senang hendak menang di samping kami juga hampir tersingkir.
Iklan
"Kami boleh katakan perlawanan di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir memang susah.
"Maknanya, kami memerlukan keajaiban untuk menang.
"Kalau boleh mengawal tekanan, kami mampu bermain dengan baik," katanya kepada Nadi Arena.
Dalam pada itu, pasukan triples wanita dari Pahang mempamerkan kebangkitan selepas jauh ketinggalan 5-11 dalam ends kelapan sebelum kemenangan melalui sudden death.
Nurul Alyani Jamil juga menjadikan kejuaraan itu sebagai pengubat kekecewaan di samping gandingannya, Nur Ain Nabilah, yang tewas dalam acara pairs.
"Alhamdulillah dipermudahkan urusan sambil sasaran utama kami sudah tercapai di sebalik berjaya mengatasi segala tekanan ketika permainan.
"Mungkin pengalaman membantu kami menjuarai kejohanan ini," ujarnya.
Must-Watch Video