Ketua jurulatih boling padang negara, Zuraidi Puteh, mengakui persiapan skuad kebangsaan menuju ke Kejohanan Boling Padang Dunia 2023 berjalan lancar.
Dia turut memaklumkan ada perancangan untuk menjalani sesi latihan berpusat di Thailand bermula awal Ogos sebelum berlepas ke Kejohanan Dunia yang diadakan pada 19 Ogos depan.
"Buat masa ini mereka berlatih di tempat masing-masing, ada juga yang berlatih di bawah bimbingan jurulatih.
"Kami akan mula berkumpul pada 25 Julai, seterusnya berlatih di Bukit Kiara selama sebulan dan ada kemungkinan kami akan menjalani latihan di Thailand sebelum ke Australia," katanya di Astro Arena sebentar tadi.
Zuraidi percaya sasaran untuk menamatkan saingan di kedudukan kelima terbaik adalah realistik dan mampu dicapai berdasarkan keupayaan yang dimiliki 10 orang atlet yang bakal menggalas cabaran Malaysia.
"Kedudukan kelima terbaik mampu dicapai berdasarkan pencapaian sebelum ini selain Kejohanan Asia baru-baru ini.

"Gandingan pemain muda dan berpengalaman memberikan persembahan yang cukup baik.
"Sasaran ini dibuat oleh jurulatih dan persatuan untuk mencapai sasaran tinggi," katanya.
Untuk rekod, sebanyak 47 negara bakal bertanding dalam Kejohanan Boling Padang Dunia 2023 yang berlangsung 29 Ogos hingga 10 September.