Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sedang giat mempertimbangkan untuk sukan boling padang mendapat tempat dalam program podium.
Ia susulan daripada pencapaian atlit negara yang sudah meraih pencapaian dalam peringkat tertinggi namun sehingga kini masih mencari dana sendiri tanpa bantuan penuh kerajaan.
Hannah, mengakui sukan boling padang itu merupakan antara sukan yang telah mengharumkan nama negara di pentas tertinggi dan mereka wajar menerima pelbagai kemudahan dan sokongan dari kerajaan di atas keringat yang telah disumbang oleh mereka.
"Mereka wajar disokong oleh kerajaan walaupun dengan peruntukan yang kecil tetapi mereka mampu peroleh kejayaan di kejohanan dunia," kata Hannah Yeoh menerusi Nadi Arena.
Walaupun skuad boling padang negara diberikan peruntukan yang sedikit, tetapi mereka tetap menunjukan semangat juang yang tinggi sehingga meraih kemenangan.