'Macam tak percaya' -- Itulah ungkapan Nahar Lutfi, seorang pemain e-sukan yang sudah menceburi bidang tersebut sejak kecil dan sedang berkecimpung dalam pasukan senior pertama yang diiktiraf dalam Malaysia Book of Records.
Pencapaian itu berikutan daripada menyertai Good-Day Charge Boomers to Gamers yang kemudiannya dapat mengenali pemain lain seperti Ahmad Zamzuri atau lebih dikenali sebagai Tom.
Menurut Tom, penglibatan paling mencabar ialah apabila melihat kepada anak sendiri yang ingin selalu bermain permainan video sambil memikirkan perasaan seorang ayah yang mahukan terbaik buat anaknya.
"Cabaran paling utama ialah anak sendiri kerana dapat mendalami perasaan sebenar seorang anak ingin bermain permainan video," katanya.
Nahar Lutfi menegaskan tiada sebarang halangan untuk seseorang bermain permainan video tatkala umur, demografi dan bangsa tidak menjadi kekangan asalkan mempunyai kemahiran dan minat.
"Boleh je belajar agama sambil bermain game," tambahnya.
Ibu bapa seharusnya memberi peluang kepada anak-anak dengan syarat mengawal serta mengawasi mereka tanpa memberikan pendedahan yang berlebihan supaya mereka tidak terlalu ketagih sehingga mengabaikan pelajaran.
Terdapat beberapa stigma masyarakat yang memandang serong serta melontarkan pelbagai reaksi terhadap penyertaan e-sukan oleh golongan berusia, namun semua perlu berpendapat serata mengenai minat masing-masing.
Setiap hari Selasa, Good-Day Charge telah menyediakan arena e-sukan di Quill City Mall buat semua warga emas secara percuma.
Najmi Iman
Mon Oct 14 2024