Skip to main content

Sukan Asia

Bola tampar pantai: Rafi, Nazmi perlukan keajaiban

rafi-bola-tampar-pantai.jpg
Skuad bola tampar pantai negara, Rafi Asruki Nordin dan Raja Nazmi Saiffudin, memerlukan keajaiban jika berhasrat untuk mengalahkan gergasi dunia, China, untuk kembali mencerahkan peluang mereka meloloskan diri ke peringkat seterusnya apabila berentap dalam Kumpulan C, Sukan Asia Indonesia di Bandar Sukan Jakabaring, Palembang, esok 

Malaysia menempah laluan berliku dalam mengharungi peringkat kumpulan setelah tumpas kepada Kazakhstan 23-25, 18-21, hari ini.

Faktor suhu yang panas di Palembang sehingga mencecah 34 darjah Celsius memberi kesan terhadap kekuatan mental mereka untuk beraksi dengan lebih baik.

Justeru, Rafi dan Nazmi perlu segara menyesuaikan diri kerana kurang 24 jam lagi, mereka bakal mengharungi perlawanan kedua yang dijangka lebih sukar kerana berdepan gandingan di ranking ke-43 dunia, Gao Peng dan Li Yang dari China.

Tambahan, Gao Peng pernah meraih pingat perak dalam Sukan Asia Guangzhou 2010 dan baru sahaja memenangi Jelajah Dunia Singapura di samping Li Yang, Jun lalu. 

Sehubungan itu, Rafi dan Nazmi perlu sekurang-kurangnya mengelak diaibkan dengan jumlah mata besar kerana ia bakal memberi kesan dalam kedudukan kumpulan.

"(Peluang kami) sangat sukar memandangkan lawan dari China yang bakal dihadapi merupakan pemain handalan. 

"Apapun, kami akan cuba dulu (beri saingan)," kata Rafi.

Advertisement

Must Watch Video