Skuad bola tampar pantai sedang melalui persiapan hari-hari akhir sebelum permulaan peringkat kumpulan Sukan Asia 2018 apabila bakal berdepan aksi pemanas badan menentang Oman.
Pemain negara, Rafi Asruki Nordin, wajar disifatkan sebagai watak paling berpengalaman dalam aksi di Palembang memandangkan dia bakal mengharungi edisi ketiganya dalam Sukan Asia selepas Guangzhou 2010 dan Incheon 2014.
Namun, untuk saingan kali ini, dia bakal bergandingan buat kali pertama dengan Raja Nazmi Saifuddin.
"Bola tampar tidak melalui perubahan yang besar. Ia tidak seperti sukan lain. Apa yang penting, masuk ke gelanggang dan beraksi.
"Kalau boleh, kami mahu mengelak daripada pasukan tuan rumah dan lawan seperti Qatar dan China. Mereka sudah berada di tahap tersendiri," kata Rafi.
"Saya dan Rafi telah berganding sejak awal tahun, jadi tempoh beberapa bulan membuatkan kami serasi untuk aksi di Indonesia," tambah Raja Nazmi.
"Agenda utama kami adalah Sukan SEA 2019 di Filipina. Tahun depan pasti sangat penting untuk kami.
"Kami berada di sini untuk meraih pengalaman dan menaikkan ranking menuju ke 2019," ujar jurulatih negara, Hean Boon Yeow.