"Jika boleh tewaskan Korea Selatan, mengapa tidak pasukan Jepun," itu cabaran dilontarkan ketua pasukan Harimau Malaya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, yang percaya skuad bawah 23 tahun negara ada ramuan yang cukup untuk melangkah jauh dalam Sukan Asia Indonesia.
Zaquan kagum dengan prestasi luar biasa yang ditampilkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee di pentas itu.
Sudah mampu melangkah ke pusingan 16 terbaik, dia berharap perjalanan pasukan negara tidak terhenti berdepan Jepun, esok.
Baginya, bukan sesuatu yang mustahil untuk menjinakkan skuad Samurai Biru itu jika tahap disiplin yang sama mampu dikekalkan ketika menang 2-1 ke atas Korea Selatan, minggu lalu.
"Sebuah pasukan yang bagus mesti melalui laluan sebegini.
"Bakat yang mereka miliki adalah bakat sang juara.
"Dengan semangat juang dan sepasukan yang tinggi, tiada apa yang mustahil dalam bola sepak dan saya yakin dengan kemampuan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Zaquan melahirkan pujian kepada gandingan "SAS" negara di jentera serangan, iaitu Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad.
Dia menasihatkan agar mereka terus menjaga tahap disiplin jika mahu mengekalkan prestasi terbaik untuk tempoh yang lama.
"Mereka permata bola sepak negara, mereka perlu digilap.
"Mereka perlu teruskan usaha dengan positif dan menjaga disiplin, Insya-Allah ia akan menjadi aset buat Malaysia.
"Usaha luntur semangat untuk terus berjuang demi negara," kata Zaquan lagi.