Skip to main content

Sukan Asia

Bola sepak: Tiada jalan mudah buat barisan negara

oks.jpg
“Pemain-pemain perlu tingkatkan lagi persembahan mereka jikan ingin merebut peluang membarisi kesebelasan utama untuk pusingan 16 bola sepak Sukan Asia berdepan Jepun, Jumaat nanti.”

Itu amaran daripada pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, selepas Malaysia kecundang 3-2 di tangan Bahrain dalam aksi terakhir Kumpulan E, semalam.

Selepas mengatasi cabaran Krygyzstan dan Korea Selatan dalam dua perlawanan terdahulu, aksi berdepan Bahrain seharusnya tidak mendatangkan sebarang tekanan buat pasukan kebangsaan, namun percaturan Kim Swee yang melakukan perubahan dalam kesebelasan utama dilihat mengubah rentak permainan Malaysia.

Bahrain dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dan walaupun terlebih dahulu membuka tirai jaringan, kelekaan pemain-pemain negara membuatkan lawan menjaringkan tiga gol sambil sepakan penalti Safawi Rasid pada minit terakhir nyata tidak mampu mengelakkan Malaysia daripada tewas 3-2.

“Daripada segi keputusan, ia tidak bagus. Sudah pasti saya tidak gembira dengan beberapa pemain yang telah diberikan peluang kerana mereka tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin.

“Paling penting, saya risaukan tentang kecederaan. Akhyar Rashid masuk sebagai pemain gantian dan dilihat bergelut pada penghujung perlawanan. Saya tidak pasti sejauh mana serius kecederaan itu tetapi kami amat memerlukannya dalam aksi seterusnya berdepan Jepun,” kata Kim Swee.
 

Advertisement

Must Watch Video