Pemain skuad B-23 negara, Adam Nor Azlin, percaya faktor perjalanan panjang untuk ke Bandung tidak menjejaskan persiapan skuad negara dalam menghadapi aksi pembuka tirai Kumpulan E menentang Kyrgyzstan, esok.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu tiba di hotel penginapan mereka malam tadi, kurang 48 jam sebelum sepak mula berdepan Kyrgyzstan yang dijadualkan jam 4 petang waktu tempatan esok.
Ia juga menyaksikan Malaysia sebagai pasukan terakhir untuk mendaftar masuk di hotel kerana pasukan lain seperti Korea Selatan dan Bahrain tiba sehari lebih awal.
Begitupun, Adam menjelaskan dia dan rakan sepasukan mempunyai masa yang memadai untuk memastikan mereka di tahap terbaik menjelang aksi pembukaan.
"Kami memerlukan rehat yang secukupnya untuk menghadapi aksi pertama, kami perlu menyesuaikan diri dengan secepat mungkin," katanya.
Sementara itu, Adam mengharapkan rentak yang diraih ketika menghadapi dua aksi persahabatan terakhir menentang China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dapat diteruskan di Bandung.
Malaysia tewas tipis 2-1 kepada China di tempat lawan sebelum meraih kemenangan 2-0 ke atas UAE di Shah Alam walaupun aksi tersebut dicemari insiden pergaduhan.
"Kami telah memperbaiki permainan kami ketika bertemu China dalam aksi berdepan UAE. Ia akan menjadi bekalan kami untuk menghadapi saingan dalam Sukan Asia."