Skip to main content

Sukan Asia

Bola sepak: Safawi korbankan Aidiladha demi Malaysia

safawi.jpg
Pemain skuad B-23 negara, Safawi Rasid, terpaksa melupakan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman di Terengganu demi misi negara dalam saingan Sukan Asia Indonesia.

Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu merupakan antara tonggak utama pasukan dalam memastikan Malaysia melepasi peringkat Kumpulan E dan bakal berdepan Jepun dalam aksi pusingan 16, Jumaat ini.

Pengalaman tidak berada di samping keluarga ketika Aidiladha merupakan sesuatu yang baru buat Safawi tetapi dia menyedari keutamaan serta tanggungjawab yang dipikul untuk negara.

"Ini merupakan kali pertama saya menyambut hari raya di perantauan dan ia merupakan satu pengalaman yang berbeza," kata Safawi.

"Tetapi saya memberikan tumpuan untuk Malaysia bagi aksi pada Jumaat ini."

Berdepan Jepun, Safawi berharap dapat meneruskan persembahan cemerlang bukan hanya untuk dirinya, malah seluruh pasukan bagi memastikan Malaysia melakar kemenangan.

"Saya akan berusaha untuk menampilkan aksi terbaik. Di sebalik jaringan-jaringan yang dihasilkan, usaha rakan sepasukan juga perlu diberikan pujian."
 

Advertisement

Must Watch Video