Ketua jurulatih skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, berharap persediaan yang lebih terancang mampu diatur untuk membolehkan dia bersama barisan pemain dalam tempoh masa yang lebih lama selepas ini.
Kim Swee enggan situasi di mana kesukaran untuk mengumpulkan kesemua pemain bagi menjalani kem latihan hingga ke saat-saat akhir terus berulang tatkala dia mahu mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kempen kelayakan Kejohanan AFC B-23, Mac depan.
Misi ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 harus diambil serius dan tempoh selama hampir tujuh bulan ketika ini perlu diguna sebaik mungkin bagi mempersiapkan skuad terbaik selepas meraih pendedahan berguna di pentas Sukan Asia Indonesia.
Terdapat 10 pemain dalam pasukan ketika ini yang masih layak untuk beraksi dalam saingan itu, termasuk Danial Amier Norhisyam dan Syamer Kutty Abba.
"Majoriti pemain dalam pasukan ketika ini mampu memberikan kesan yang berbeza kepada pasukan tetapi kami perlu bersiap sedia lebih awal dan tidak menunggu sehingga saat-saat akhir.
"Latihan hanya seminggu atau dua minggu pasti tidak cukup untuk kami mempersiapkan diri bagi menghadapi aksi kelayakan Kejohanan AFC tahun depan," kata Kim Swee.
Bagi pemain muda, Nik Akif Syahiran Nik Mat, tugasnya masih belum selesai walaupun skuad negara sudah tiba di tanah air pada hari ini dari Indonesia apabila kini terus mempersiapkan diri untuk Kejohanan AFC bawah 19 tahun, Oktober depan.
"Untuk saingan bawah 19 tahun, saya telah diberitahu akan dipanggil dalam sesi terakhir manakala ketika ini, sesi latihan hanya melibatkan muka-muka baru," ujar Nik Akif.