Penjaga gol skuad B-23 negara, Ifwat Akmal Che Kassim, yakin persiapan yang diharungi oleh pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu memadai untuk mengharungi cabaran Kumpulan E, Sukan Asia yang akan membuka tirai esok.
Selepas semua pemain negara berkumpul dalam satu tempoh yang agak singkat, semua persiapan tetap dapat diteruskan dengan lancar sambil persefahaman antara pemain dilihat amat serasi.
Perkembangan itu dapat dilihat dalam dua aksi persahabatan menentang China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di mana seluruh pasukan tampak lebih bersedia.
Menjelang perlawanan pertama dalam Sukan Asia 2018 berdepan Kyrgyzstan esok, Ifwat yakin akan kemampuan rakan sepasukan, namun dalam masa sama tetap berharap agar pemain-pemain yang diberi kepercayaan oleh Kim Swee tidak memandang rendah cabaran lawan.
"Kami tidak begitu pasti kekuatan lawan tetapi jurulatih ada mengingatkan bahawa Kyrgyzstan merupakan sebuah pasukan yang bagus. Kami tidak boleh memandang rendah kerana setiap pasukan pasti hadir ke Indonesia dengan persiapan yang rapi.
"Kebiasaannya, pasukan yang tidak menonjol akan melakukan kejutan, jadi kami perlu bersedia dan tidak terlalu yakin," katanya.