Kecederaan ringan tidak menjejaskan semangat pertahanan skuad B-23 negara, Dominic Tan, apabila sedia diturunkan andai khidmatnya diperlukan pengendali, Datuk Ong Kim Swee, bagi tugasan kedua Sukan Asia Indonesia berdepan Korea Selatan di Stadium Jalak Harupat, malam ini.
Pertahanan itu tidak dapat menamatkan 90 minit ketika pertemuan Kyrgyzstan kelmarin berikutan kecederaan paha yang dialaminya.
Begitupun, dia menjelaskan kecederaan berkenaan tidak begitu serius dengan memberi tumpuan penuh untuk mencapai tahap kecergasan 100 peratus.
"Saya cergas dan bersedia untuk perlawanan berikutnya.
"Perlawanan sulung paling mustahak dalam kempen ini. Kami melaksanakannya dengan baik dan banyak perkara perlu diperbaiki sebelum turun bagi aksi seterusnya," katanya.
Selain Dominic, dua lagi pemain negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid serta Adam Nor Azlin, turut mengalami kecederaan ringan.
Namun, mereka dijangka cergas sepenuhnya dan berada dalam perancangan Kim Swee untuk membarisi kesebelasan utama berdepan Korea Selatan.
Mengulas mengenai lawan mereka, Dominic mengakui juara bertahan Sukan Asia itu menampilkan skuad yang lebih mantap berbanding ketika saingan Kejohanan Piala AFC B-23 di Kunshan, China, Januari lalu.
"Sudah tentu kami sedar Korea Selatan adalah pasukan yang jauh lebih mantap berdasarkan keupayaan pemain yang mereka miliki.
"Apa yang penting bagi saya, kami fokus kepada diri sendiri dan bermain mengikut percaturan jurulatih," katanya lagi.