Setelah kempunan dalam dua edisi berturut-turut, skuad bola sepak B-23 negara akhirnya mendapat restu daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk bersaing dalam Sukan SEA Filipina, November depan atas kapasiti sukan kategori A.
Slot kategori itu diberikan hasil pencapaian naib juara yang diraih dalam edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur.
Ia bermakna Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk membawa pemain ke Filipina memandangkan ia akan ditanggung sepenuhnya oleh MOM.
Kali terakhir skuad B-23 tersenarai dalam kategori itu adalah dalam Sukan SEA Palembang 2011.
"Walaupun FAM memiliki perbelanjaan sendiri, tapi kena faham bahawa kami ini satu sukan yang menyeluruh.
"Berapa banyak duit sekalipun memang tak cukup.
"Kerana untuk membangunkan bola sepak memerlukan perbelanjaan yang besar.
"Dengan adanya sokongan daripada kerajaan dan MOM, ia akan membantu kami untuk menggunakannya bagi benda-benda lain," kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.
Dalam masa sama, status skuad wanita pula masih dalam pertimbangan.
FAM bercadang untuk mengemukakan rayuan sekali lagi, namun ia bergantung kepada pencapaian mereka dalam Kejohanan Wanita AFF di Chonburi, Thailand bulan depan.
"Kami akan meyakinkan jawatankuasa bahawa pasukan wanita ini perlu diberikan sokongan.
"Saya tengok dalam sukan lain pun, apabila kita memberikan harapan dan sokongan, mereka akan melakukan yang terbaik.
"Tugas kita adalah untuk menyokong mereka.
"Insya Allah, saya yakin kami akan melakukan kejutan dalam saingan AFF," tambahnya.
Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA 2019, hari ini turut bersetuju dengan permohonan Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) untuk menambah kuota atlet kategori A mereka.
Sebelum ini, tinju hanya diberikan satu slot yang diisi Mohd Fuad Redzuan dalam kategori light flyweight B-49 kilogram.
Namun, PTAM kini mendapat tambahan dua slot Kategori A selain tiga slot kategori B.
"Dia ada A dan B, kami akan hantar enam (atlet).
"Kami tidak boleh nak umum lagi tetapi Fuad sah dalam kategori A.
"Yang lain itu kami akan memilihnya kemudian.
"Kami masih ada masa empat bulan untuk menunjukkan kebolehan atlet," kata Timbalan Presiden PTAM, Iruan Zulkifli.