Pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, sudah bersedia sekiranya pertembungan di antara Malaysia dan Jepun di peringkat 16 Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang esok berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti.
Bagaimanapun, Kim Swee menjelaskan ia bukan petanda bahawa beliau akan mempertaruhkan strategi bertahan sehingga minit ke-120 untuk sekali lagi melakar kejutan dalam temasya itu.
Katanya, Jepun mempunyai strategi yang lebih rapi dalam merencanakan serangan berbanding pasukan yang ditewaskan barisan pemainnya dalam saingan Kumpulan E, iaitu Korea Selatan.
“Pasukan perlu bersedia untuk bermain sehingga ke masa tambahan dan juga penentuan sepakan penalti. Kami juga ada melakukan latihan tersebut selepas aksi dengan Bahrain.
“Kita tahu pasukan Jepun lebih tersusun daripada segi perancangan dan Korea Selatan pula mempunyai bintang-bintang yang boleh melakukan apa sahaja.
"Apa yang penting, kami harus fokus terhadap apa yang ingin dilakukan dan pada masa sama bukan memikirkan hanya bertahan tetapi kami perlu mendapatkan gol untuk mencapai kemenangan,” katanya ketika ditemui media Malaysia dalam sesi latihan rasmi skuad negara di Padang B, Stadium Gelora Bung Karno, hari ini.
Sementara itu, berita gembira buat pasukan negara apabila Kim Swee mengesahkan penyerang, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, kini kembali berlatih seperti biasa selain mengakui bakal membariskan kesebelasan terbaiknya dalam perlawanan esok.
“Akhyar sudah mula berlatih hari ini dan kami akan lihat sejauh mana dia boleh bermain esok.
“Sudah tentu saya akan menurunkan pasukan terbaik kerana kami kami akan menentang Jepun yang bukannya pasukan biasa,” tambahnya.
Aksi Malaysia berdepan Jepun akan berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi, dan sekiranya anak buah Kim Swee melepasi cabaran skuad ‘Samurai Biru’ itu, menanti mereka dalam suku akhir adalah di antara Arab Saudi dan China.
-- BERNAMA