Skip to main content

Sukan Asia

Bola sepak: Akhyar tidak mahu terlepas cipta sejarah

malaysia-b-23.jpg
Pemain tengah negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, mengabaikan rasa sakit yang masih terasa demi menabur bakti untuk skuad negara dan tidak mahu terlepas peluang beraksi menentang Jepun dalam Sukan Asia Indonesia di Stadium Patriot Chandrabhaga, esok.

Kesakitan di paha masih terasa, namun melewati hari terakhir latihan, Akhyar mengakui dia terpaksa mengurangkan pergerakan bagi memastikan kecederaan yang dialami itu tidak berulang.

"Semuanya dalam keadaan baik, cuma saya tidak boleh melakukan latihan keras bagi mengelak masalah pangkal paha berlarutan. 

"Insya-Allah, saya boleh bermain melawan Jepun," katanya.

Dalam sesi latihan akhir, Akhyar sudahpun memulakan latihan bersama pasukan dan dia tampak makin selesa walaupun masih berhati-hati dengan kecederaannya.

Tegas Akhyar, dia mahu menjadi sebahagian daripada sejarah.

Katanya, peluang yang sama belum tentu akan berulang bagi tempoh empat tahun dari sekarang.

"Semua pasukan berada di tahap berbeza dan mereka adalah pasukan handalan. 

"Semoga kami dapat mencipta sejarah baru," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video