Skip to main content

Sukan SEA

Bola Sepak: Adam, Syamer mahu bangkit dalam Kejohanan AFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam-nor-azlin.jpg
Tonggak pertahanan skuad negara, Adam Nor Azlin, dan pemain tengah, Mohamed Syamer Kutty Abba, bertekad mahu mempamerkan kebangkitan dalam Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di China  tahun depan selepas tewas 0-1 dalam aksi final Sukan SEA 2017 di tangan Thailand, semalam.

Bagi Adam, kekalahan pedih yang dilalui skuad negara kali ini seharusnya mematangkan mereka untuk ke Kejohanan AFC dan dia tidak mahu kekecewaan itu menjejaskan keazamannya untuk lebih berjaya bersama skuad negara.

"Kita sedia maklum, persiapan kita tidak berjalan dengan lancar tetapi saya bangga dengan rakan sepasukan lain kerana berjaya layak ke final. Itulah kebanggaan kami.

"Harapan saya selepas ini adalah memberi fokus kepada aksi Kejohanan AFC," kata Adam.

Dalam masa sama, Syamer turut melaungkan azam yang sama sambil mengakui, dia tidak beraksi di tahap terbaik ketika menentang Thailand. 

"Permainan semua agak baik tetapi saya mengakui persembahan saya hari ini tidak berapa baik," ujar Syamer.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video