Skip to main content

Sukan Asia

Bola keranjang: Kemenangan hadir pada saat akhir

bola-keranjang.jpg
VIETNAM 12 MALAYSIA 13 

Skuad bola keranjang tiga lawan tiga wanita Malaysia membuka kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang dengan langkah kanan apabila mengatasi Vietnam 13-12 di Dewan Bola Keranjang Gelora Bung Karno, malam ini. 


Dalam aksi sepanjang 10 minit itu, Malaysia memimpin permainan dengan selesa 8-1 selepas perlawanan melewati tiga minit biarpun pada awalnya, Vietnam memberi amaran awal dengan mengikat kedudukan 1-1 ketika permainan berusia  1 minit 19 saat. 

Bagaimanapun, Malaysia kehilangan cengkaman penguasaan dengan membenarkan lawan mengatur gerakan untuk menghambat kedudukan 9-11 ketika permainan bersisa dua minit. 

Berbaki 34 saat, Vietnam mengikat kedudukan 12-12, namun Wong Sze Qian menjadi wira negara dengan menyumbat jaringan terakhir permainan. 



 

 

Advertisement

Must Watch Video