Skip to main content

Sukan Lain

Bola keranjang: Guganeswaran dilantik sebagai ketua jurulatih skuad negara

bolakeranjang.jpg
Sejurus dilantik selaku ketua jurulatih bola keranjang kebangsaan, B. Guganeswaran, berharap pasukannya diberikan pendedahan menyertai kejohanan kompetitif sebelum menuju ke Sukan SEA Vietnam.

Menyedari tugas berat menanti pasukannya dengan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat di Vietnam, Guganeswaran akan memberikan segala yang termampu dalam usaha mengangkat martabat skuad kebangsaan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Sebagai jurulatih, saya membuat persiapan dan mendapatkan keputusan menerusi kejohanan yang disertai. Tanpa pertandingan, perkembangan mereka tidak dapat dinilai," katanya.

"Keputusan harus dijadikan keutamaan, ini adalah tanggungjawab utama saya bagi memastikan sukan bola keranjang negara dapat dipertingkatkan lagi."

Susulan keputusan pejabat Pesuruhjaya Sukan meluluskan pendaftaran Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC).

Perkembangan itu ternyata merungsingkan bekas pemain sepak takraw negara di era 80an, Baharum Jahar.

Bagi Baharum, penubuhan entiti baru itu bersifat kepentingan peribadi pihak pengurusan tertinggi berbanding inisiatif untuk mengembalikan zaman kegemilangan sepak takraw negara.

Baharum merupakan antara tonggak utama skuad negara membawa pulang dua pingat emas di Sukan Asia Beijing 1990.
 

Advertisement

Must Watch Video