Skip to main content

Bola Jaring

Bola Jaring Remaja Kebangsaan: Kedah tumbangkan Johor dalam final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-bola-jaring-remaja.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan yang merupakan legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din, melahirkan kekagumannya terhadap potensi skuad bola jaring remaja Kedah kerana mengharumkan nama negeri itu. 

Skuad remaja Kedah merampas gelaran Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menerusi kemenangan tipis 44-41 ke atas Johor di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Skuad Hijau Kuning itu mengenepikan seteru utara, Pulau Pinang, 33-19 untuk memastikan tiket ke perlawanan akhir. 





Dalam masa sama, anggota pasukan Kedah juga ditabalkan pemain terbaik kejohanan bagi posisi masing-masing. 

Senarai pemenang individu: 

Penyerang Terbaik- Puteri Nur Sarah Abdullah
Pertahanan Terbaik- Nuriz Shazlin Amir Din
Penjaring Terbanyak- Izazrin Aizie Ahmad Yani

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video