Skip to main content

Sukan Asia

Bola baling: Skuad wanita perlu bangkitkan semangat negara

dharshiniy.jpg
Skuad bola baling wanita negara yang turut dibarisi pemain tunggal keturunan India, N. S. Dharshiniy, berdepan tugas penting untuk membuktikan penyertaan Malaysia dalam Sukan Asia Indonesia 2018 bukan sebagai pasukan belasahan.

Malaysia akan menentang tuan rumah, Indonesia, petang ini, dengan skuad wanita menjadi tumpuan selepas pasukan lelaki negara dibelasah Qatar 64-11 dalam aksi pembukaan semalam.

Berdasarkan rekod pertemuan, Dharshiniy dan rakan sepasukan mampu menang dalam aksi Kumpulan B itu apabila menewaskan Indonesia dalam Kejohanan Asia 2014 dan 2016.

"Memang boleh menang jika kami dapat memberikan tumpuan yang penuh. Saya yakin kami mampu mencipta kemenangan," katanya.

Sama seperti pasukan lelaki, skuad wanita juga membuat penampilan sulung Sukan Asia, jadi kebangkitan Malaysia amat penting bagi membuktikan kehadiran mereka di Indonesia bukan sekadar pasukan belasahan.

"Gaya permainan Indonesia mungkin sudah berubah tetapi kami akan berusaha sedaya-upaya untuk meraih kemenangan," kata kapten negara, Farah Atifah Arnie Ahmad Yusof.
 

Advertisement

Must Watch Video