Skip to main content

Sukan Asia

Bola baling: Skuad negara bukan tandingan Iran

bolabaling.jpg
IRAN 55 MALAYSIA 11 

Skuad bola baling lelaki Malaysia gagal menggugat penguasaan Iran dalam bola baling apabila tumpas 11-55 dalam pusingan pertama Sukan Asia 2018 di GOR Popki Cibubur sebentar tadi. 


Kekalahan itu menyusul selepas skuad negara kendalian Muhammad Ali Shamsul Nizam itu tunduk 11-64 kepada juara Asia, Qatar, kelmarin.

Amirul Ikram Abdul Razak muncul penjaring terbaik skuad negara dengan tiga gol sementara Dzulfiqar Ismail dengan dua gol. 

Salman Sayyidi Hamzah, Ahmad Zaidi Rosdi, Faizan Damanhuri, Solihin Mustafa Kamal, Ridzuan
Mohd Razali dan Nabil Abdul Razak pula masing-masing menyumbangkan satu gol buat negara. 

Begitupun, jumlah itu belum cukup untuk mengekang kehandalan Iran yang jelas menampilkan keampuhan di bahagian serangan.

Kemenangan itu membolehkan Iran mengiringi Qatar melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

"Pada asasnya, kami telah berusaha untuk mencapai sasaran iaitu mengurangkan jumlah jaringan pasukan lawan," kata jurulatih negara, Shamsul Nizam Muhammad Ali.

Advertisement

Must Watch Video