Skip to main content

Sukan Lain

Bola Baling MSSM: WPKL dinobat juara keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mss-kl.jpg
MSS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dinobatkan juara keseluruhan bagi Kejohanan Bola Baling MSSM 2025 hari ini.

Ini selepas pasukan itu memperoleh 81 mata daripada empat acara yang dipertandingkan.

Bagi kategori lelaki B-12, pasukan itu menamatkan saingan selaku naib juara apabila tewas tipis 21-22 kepada MSS Selangor dalam aksi final di SLK Sport Centre.

Pencapaian sama turut diraih skuad lelaki B-18, di mana WPKL tewas 15-21 kepada MSS Kelantan.

Bagaimanapun, mereka bergelar juara dalam acara Perempuan B-12 dengan menewaskan Johor 27-19 dalam final, biarpun skuad Perempuan B-18 mereka terkandas di peringkat kumpulan.

Foto: Facebook Rosmidah Suman 
 

Advertisement

Must Watch Video