Skip to main content

Sukan Lain

BMX Asia: Natasha buru podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bmx-asia-2019.jpg
Pelumba berbasikal BMX negara, Siti Natasha Mohd Basri, meletakkan sasaran peribadi untuk meraih podium dalam Kejohanan BMX Asia 2019 di Nilai, Negeri Sembilan, dalam penampilan sulungnya dalam kategori wanita elit. 

Natasha belum berpuas hati dengan keputusan yang diraihnya dalam Kejohanan BMX Asia musim lalu di Thailand apabila dia sekadar menamatkan saingan di tempat keenam.

Persiapan sejak akhir tahun lalu melonjakkan keyakinan pelumba berusia 19 tahun itu untuk menjadi pencabar sengit kepada peserta dari negara lain seperti Jepun, China dan Indonesia yang dijangkakan bakal menguasai perlumbaan. 

Bagaimanapun, Natasha tidak sabar untuk mempamerkan kemahiran dan teknik barunya dalam misi memburu kedudukan podium, hujung minggu ini. 

"Saya akan mengikuti arahan jurulatih. Keyakinan saya bertambah selepas berpeluang bertemu atlet dari China, Jepun dan Korea Selatan.

"Beraksi di tempat sendiri, keyakinan saya juga melonjak," katanya.

Sementara itu, pelumba BMX remaja negara, Eddyna Nasuhar Zainal Abidin, bersedia untuk mengulangi sejarah kejayaannya di Nilai selepas meraih pingat gangsa tahun lalu. 

"Saya melakukan persiapan sejak hujung tahun lagi.

"Kalau dapat menjejaki podium pun sudah dianggap sebagai satu kejayaan buat Malaysia," kata Eddyna.

Advertisement

Must Watch Video