Ketua jurulatih renang negara, Paul Birmingham, menganggap potensi bakat baru masih di tahap sederhana walaupun Kejohanan Terbuka Malaysia yang menutup tirai semalam masih didominasi atlet kebangsaan.
Birmingham tetap memuji aksi perenang kebangsaan di bawah jagaannya yang menyapu pingat dalam kejohanan itu walaupun tiada sebarang rekod kebangsaan baru yang dilakar.
Bagaimanapun, dia mengakui kecewa apabila tiada bakat baru yang berjaya dilahirkan bagi memberi saingan kepada atlet negara untuk meraih beberapa pencapaian positif.
Perenang muda seperti Chan Jie, Tiaa Faang Der, dan Ttern Jian Han setakat ini berada di landasan yang betul manakala Welson Sim sememangnya perlu mengekalkan prestasi konsisten untuk terus memperoleh rentak terbaik sebelum Sukan SEA, Ogos ini.
"Bagi saya, dia terlalu memaksa diri tetapi sudah tentu saya mengharapkan dia mencatat masa yang lebih pantas. Kami akan menggunakan tempoh masa beberapa bulan ini untuk memperkemaskan aksinya," jelas Birmingham.
Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen, akan memastikan penilaian terbaik dilakukan bagi atlet yang telah mencatat masa yang bagus sebelum pemilihan ke temasya Kuala Lumpur 2017 diputuskan.
"Ada beberapa perenang yang sedang bertanding di luar negara. Jadi, selepas mereka menyerahkan catatan masa mereka, barulah kami akan membuat keputusan terhadap siapa yang akan dipilih," ujar Mae.