Skip to main content

Sukan Lain

Bintang kriket remaja negara lahir hasrat ke kancah Australia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ammar-aiman-abdul-haizad.jpg
Pasukan Kriket SMK Sultan Abdul Samad, Klang, cemerlang dalam melahirkan pemain bertaraf negara walaupun kemudahan yang disediakan tidak mampu memberi kepuasan yang maksima.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menghalang institusi pendidikan tersebut sebagai Pusat Sukan Kriket Negeri Selangor selain menyertai pelbagai kejohanan bersama dana yang disalurkan oleh bekas pelajar serta ibu bapa.

Dengan beberapa pendedahan kejohanan, kapten pasukan, Ammar Aiman Abdul Haizad, meletakkan hasrat dan impian untuk berhijrah ke luar negara bagi menyambung pendidikan serta mengembangkan kariernya.

Dia yang juga pemain kebangsaan B-19 itu bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini merancang untuk berehat daripada menyertai sebarang kejohanan.

"Saya mula berkecimpung dalam kriket selepas diperkenalkan cikgu dan saya kemudian meraih beberapa gelaran peribadi seperti pemain remaja terbaik. 

"Saya harap berpeluang berkelana ke kancah Australia yang agak popular di sana selain boleh menjana pendapatan yang tinggi," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

 

Advertisement

Must Watch Video