Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan

Beruntung warga sukan Johor!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jjj.jpg
Tak macam dulu! 

Johor semasa saya masih lagi bergelar wartawan sekitar tahun 1998, bukanlah pilihan utama dalam apa jua acara sukan. Samada bertaraf temasya, liga mahupun Grand Prix 

Bolasepak umpamanya, Johor hanyalah belasahan. Bukan itu sahaja, kemudahan sukan juga sangat kurang memuaskan.

Saya menjadi saksi kepada kedaifan Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos setiap kali ditugaskan ke Johor Bahru.

Longgokan meja dan kerusi rosak di satu sudut menyakitkan mata. Kerusi stadium juga banyak yang rosak.

Itu belum lagi kisah venue sukan yang lain - umpama hidup segan mati tak mahu.

Tetapi itu cerita 27 - 30 tahun dahulu. Semuanya kini sudah terlalu jauh berubah.

Terutamanya selepas penglibatan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara langsung dalam pembangunan sukan di negeri Johor.

Selepas menjadikan JOHOR DARUL TAKZIM sebagai jenama dikenali seluruh dunia, kini sukan di negeri Johor secara keseluruhannya sedang melalui fasa revolusi hebat!

Kalau kita masih ingat bagaimana Johor menguasai semua jenis sukan, temasya mahupun kejohanan pada tahun 2022 termasuk juara Sukma - Johor tapau habis!

Kehadiran lagenda ragbi New Zealand, Sonny Bills Williams sebagai duta sukan Johor yang diumumkan baru-baru ini telah pun mencetus gempar!

Sudah pasti ia jadi tekanan buat semua kontinjen di Sukma Selangor 2026 tatkala Johor ada ramuan terbilang seperti Sonny dan Datuk Lee Chong Wei.

Apapun sukan Johor tak macam dulu!

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video