Skip to main content

Sukan Lain

Bersiap-siaga: Pasukan rugby Malaysia tumpu Kejohanan SEA 7's, Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nik-ragbi_1.jpg
Ketua jurulatih ragbi 7's negara, Nik Safuan Ismade Nik Man, sah akan memanggil 20 orang pemain untuk menjalani sesi latihan berfasa bermula 22 Februari depan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Ragbi Asia Tenggara Seven-Series (SEA 7's )di Singapura.

Daripada 20 pemain tersebut, hanya 17 yang terbaik akan disenaraikan untuk menggalas tanggungjawab mempertahankan kejuaraan yang dimenangi Malaysia tahun lalu selepas menewaskan tuan rumah, Singapura, 14-10.

Pengendali kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu juga tidak menolak kemungkinan untuk memberi peluang kepada muka-muka baru menyarung jersi negara dalam kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 5 April depan.

Pada Sabtu lalu, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengumumkan lanjutan kontrak Nik Safuan Ismade sebagai ketua jurulatih Bunga Raya Sevens sehingga penghujung 2025.

Nik Safuan Ismade mengesahkan bahawa pasukannya akan memulakan sesi latihan berfasa bseminggu sebelum bulan Ramadan. 

"Untuk kejohanan kali ini, tiada sasaran yang diberikan oleh KRM," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Apa yang saya boleh harapkan adalah kami akan memberikan yang terbaik. 

"Saya berjanji untuk menetapkan penanda aras sebagai persiapan sebelum Sukan SEA di Thailand hujung tahun ini.

"Mengikut perancangan saya sebelum ini, kami ingin mengadakan lebih banyak perlawanan ujian menentang pasukan antarabangsa. 

"Saya lebih suka menjalani latihan ujian untuk menentang pasukan Thailand dan mungkin Filipina untuk mengetahui sejauh mana kekuatan pasukan-pasukan ini," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video