F1
Berdepan insiden cemas, stereng jentera Alonso tercabut ketika sesi ujian
Fernando Alonso melewati insiden berbahaya ketika saingan Grand Prix Bahrian apabila stereng jentera dipandu tercabut ketika berada di atas litar.
Momen mengejutkan itu berlaku ketika sesi latihan kedua semalam.
Fernando Alonso's steering wheel has come off ๐The Spaniard is back in the pits now as Aston Martin investigate the issue #F1 #BahrainGP pic.twitter.com/fV1INSJYM4โ Formula 1 (@F1) April 11, 2025
Baru sahaja memasuki pusingan kedua sesi tersebut, stereng pemandu kelahiran Sepanyol itu tercabut, namun berjaya dipasang semula.
Iklan
Terkejut dengan kegagalan alat, Alonso berkata menerusi radio pasukan, "Tukar stereng,. Terdapat masalah dengan stereng, ia kerap kali gagal berfungsi.."
Alonso memperlahankan jentera ketika menghampiri penghujung pusingan kedua, stereng tercabut ketika berada di selekoh sehingga memaksa pelumba itu terkeluar dari litar.
Dia bernasib baik berjaya mengawal jentera sebelum pasukannya dapat mengenal pasti di sebalik kerosakan yang dialami.
Ternyata, masalah itu jauh lebih serius daripada stereng itu sendiri, dengan pasukan mengambil masa 15 minit untuk menukar sepenuhnya kolum stereng sebelum menghantar Alonso keluar semula.
Isu itu menyebabkan lawatan tidak dijangka daripada perwakilan teknikal FIA, Jo Bauer, walaupun tiada penjelasan lanjut mengenai lawatan itu telah diberikan setakat ini.
Must-Watch Video