Skip to main content

Sukan Asia

Berbasikal: Peluang terbaik Azizulhasni

azizulhasni.jpeg
Atlet berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, memiliki peluang terbaik untuk beraja di trek Velodrom Antarabangsa Jakarta menjelang saingan Sukan Asia kali ini.

Sebagai pelumba trek terbaik Asia Tenggara, Azizulhasni mampu menjadi wakil terbaik untuk mencetak kejayaan sulung negara di velodrom serba baru itu.

Ini merupakan velodrom baru dan Sukan Asia menjadi medan pertama untuk atlet seluruh Asia berentap bagi mencipta sejarah naik ke podium buat kali pertama di sini.

Menurut pengurus Velodrom Jakarta Indonesia, Edry Pohan, fasiliti ini menepati syarat dan piawaian Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selain sesuai untuk penganjuran melibatkan atlet para.

"Atlet tuan rumah telah berlatih di velodrom ini dan kami juga telah mendapatkan lampu hijau daripada pihak UCI," kata Edry.

Menerusi fasiliti terbaik menyaingi taraf Olimpik, tidak mustahil di masa akan datang Indonesia juga mampu menyaingi kelebihan Malaysia dalam saingan keirin mahupun pecut. 

"Fasiliti ini telah disediakan sepenuhnya bagi saingan Sukan Asia serta Sukan Para Asia selepas ini," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video