BERBASIKAL
Berbasikal Trek: Misi kekalkan kejuaraan Fadhil Zonis, Nurul Izzah
Jurulatih berbasikal negara, Harnizam Basri, melihat kepada potensi skuadnya tatkala medan Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi tumpuan utama kem berbasikal negara tahun ini.
Bagaimanapun, dia terlebih dahulu akan memberi tumpuan terhadap Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di India yang bermula esok.
Misi mereka dalam kejohanan kali ini lebih terarah kepada acara 1km dan 500m ujian masa serta kategori pecut lelaki dan wanita.
Iklan
Seramai tujuh pelumba pecut bakal menyertai kejohanan kali ini dengan barisan lelaki diketuai Shah Firdaus Sahrom manakala wanita diketuai Anis Amira Rosidi.
"Kami mahu mengekalkan kemenangan Fadhil Zonis menerusi 1km ujian dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (500m ujian masa).
"Kami juga sasaran podium untuk pecut bverpasukan lelaki dan wanita.
"Kami juga ingin mengumpul sebanyak mungkin untuk layak ke Sukan Olimpik yang berbaiki 158 hari lagi.
"Pasukan berbasikal trek sangat fokus kepada latihan dan diet Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus.
Must-Watch Video