Azizulhasni Awang akan berentap dalam final acara keirin Sukan Asia Jakarta-Palembang apabila melepasi pusingan kedua di Velodrom Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.
Azizul menamatkan saringan pertama itu di belakang Jai Angsuthasawit (Thailand) dan Yudai Nitta (Jepun).
Begitupun, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terkandas selepas menamatkan saingan dalam kalangan enam peserta itu di tempat kelima.
Terlebih dahulu, kedua-dua pelumba negara itu melepasi pusingan pertama pagi tadi dengan meraih tempat kedua.
Saingan final akan berlangsung petang ini.