Hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 menyaksikan kem negara bermula dengan langkah positif apabila berjaya merangkul satu pingat perak dan satu gangsa di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini.
Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom, berharap dengan pencapaian ini, skuad pecut lelaki yang turut mempertaruhkan Fadhil Zonis dan Umar Hasbullah akan dikekalkan hingga Sukan Asia September depan.
"Kami sentiasa bekerja keras dari pusingan kelayakan hingga final.
"Ini (satu) permulaan yang positif sebab kami berlumba dengan pelumba baru, Umar Hasbullah.
"Ini satu komibinasi yang sangat baik dan Umar juga tunjukkan peningkatan walaupun dalam sesi kelayakan kami agak tersasar sedikit.
"Tapi dalam final, dia buktikan bahawa dia mampu memulakan kayuhan dan dia juga memperbaharui catatannya.
"Jadi saya sangat berbangga dengannya.
Tambahnya: "Saya harap gandingan ini dikekalkan kerana semoga (Datuk) Azizulhasni (Awang) dan Shah Firdaus (Sahrom) dapat fokus kepada acara individu.
"Jadi ini satu peluang buat pelumba baru seperti saya dan Umar untuk beraksi dalam Sukan Asia.
"Ketua dalam acara pecut berpasukan ini adalah Fadhil, jadi (memandangkan) kami mampu mengikut pelan perlumbaan dengan baik, saya harap kami dikekalkan dalam Sukan Asia," katanya.