Skip to main content

Sukan Lain

Berbasikal Trek Asia: Shah Firdaus tumpu aksi keirin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shah-firdaus.jpg
Berbaki 11 hari menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025, olimpian negara, Shah Firdaus Sahrom, meluahkan kegusarannya selepas ditimpa kecederaan lutut berikutan pertukaran sesi latihan secara mendadak. 

Pelumba berusia 29 tahun itu kini diulit rasa dilema sama ada mahu mengambil risiko bertanding dalam kedua-dua acara, keirin dan pecut, atau menetapkan sasaran hanya kepada kekuatannya iaitu keirin dalam kejohanan di Velodrom Nasional, Nilai, yang bermula 21 Februari ini.

"Saya beri tumpuan kepada meningkatkan kekuatan kedua-dua belah kaki selain menguatkan otot. Ia memberi kesan. 

"Lagipun sebelum Sukan Olimpik, saya kerap mengalami kecederaan.

"Kemudian saya menjalani sesi angkat berat dan akibat keterujaan, saya ditimpa kecederaan lutut. 

"Acara pecut memerlukan saya melakukan pecutan dari tahap rendah ke tinggi. Ia akan mengganggu kayuhan saya. 

"Dan keirin pula berbeza sebab kami sudah ada kepantasan jadi kami akan gunakan taktik (untuk memintas)," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Dengan status sebagai pelumba paling berpengalaman dalam skuad kebangsaan ketika ini, Shah Firdaus dijangka akan menjadi sandaran utama pingat dalam acara keirin dan pecut individu.  

Advertisement

Must Watch Video