Skip to main content

Sukan SEA

Berbasikal lebuh raya: Kecuraman laluan jadi cabaran utama

sofian-nabil-anuar.jpg
Pendakian kelas hors menjadi cabaran utama skuad berbasikal lebuh raya lelaki negara merampas pingat emas Sukan SEA Filipina, November depan, sekali gus memaksa pengendali kebangsaan merancang program latihan di Cameron Highlands.

Skuad negara merancang latihan di laluan altitud tinggi seperti Cameron Highlands atau Bukit Tinggi di Pahang sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA.

Laluan perlumbaan sejauh 147 kilometer di Bandar Tagatay, Filipina lebih membabitkan pendakian hingga mencecah ketinggian 1,700 meter dari paras laut.

Ia melebihi ketinggian Cameron Highlands dan venue itu paling sesuai untuk dijadikan kem latihan pusat skuad negara.

"Apa yang saya tahu, Sukan SEA Filipina memberikan laluan berbukit termasuk di 15km terakhir. Tahap kecuramannya adalah 25 peratus, bersesuaian dengan kem latihan yang dirancang," kata pelumba kebangsaan, Sofian Nabil Omar Bakri.

Selain Nabil, empat lagi pelumba lebuh raya adalah Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Shahrul Mat Amin, Ahmad Zawawi Azman dan Akmal Hakim Zakaria.

Skuad lebuh raya negara menyumbang dua emas dalam edisi lalu di Kuala Lumpur 2017 menerusi acara kriterium dan ujian masa berpasukan lelaki.

"Kami cuma perlukan beberapa perlumbaan di luar untuk memanaskan badan sebelum Sukan SEA. Insya-Allah, kami akan berjuang habis-habisan dan diharapkan ada keajaiban pada tahun ini."

Advertisement

Must Watch Video