Skip to main content

Sukan SEA

Berbasikal: Junaidi optimis raih emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

berbasikal.jpg
Jurulatih skuad berbasikal trek negara, Junaidi Mohd Nasir, menjangkakan anak buahnya akan membolot kesemua empat pingat emas yang ditawarkan hari ini, dengan Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa berpeluang muncul penyumbang emas ke-111 negara.

Acara di Velodrom Nasional pada hari kedua acara berbasikal menyaksikan empat emas akan ditawarkan menerusi kejar-mengejar individu lelaki, omnium lelaki serta pecut individu lelaki dan wanita.

Pastinya bagi dua acara terakhir, dua atlet pecut individu, Fatehah dan Azizulhasni, memiliki peluang yang cerah kerana mereka dijangka  muncul selaku penyumbang emas ke-111 negara tetapi segala-galanya bergantung kepada keputusan di venue lain.

"Acara pecut wanita dan lelaki, kita akan mengutip emas serta perak dan ada beberapa acara lain juga yang mereka akan berusaha untuk mendapatkan pingat," kata Junaidi.

"Saya mengharapkan emas ke-111 akan hadir daripada acara trek. kita harap sasaran 111 emas akan hadir darip Velodrom Nasional," tambah jurulatih berbasikal trek, Harnizam Basri.


Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video