Kegagalan Farina Shawati Mohd Adnan dan Anis Amira Rosidi dalam keirin wanita tidak melunturkan keyakinan ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley, bahawa mereka mampu meraih satu pingat emas, apatah lagi dua jaguh utama akan turun dalam pecut lelaki, esok.
Satu daripada empat harapan pingat skuad berbasikal trek gagal dicapai tetapi masih di landasan tepat untuk menjadi penyumbang emas, apatah lagi Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan turun dalam acara pecut esok.
"Esok akan menjadi hari yang lebih baik buat kontinjen negara. Azizulhasni dan Shah Firdaus akan turun beraksi. Saya yakin pingat akan hadir buat negara," kata Beasley.
Dua lagi acara yang menjadi sandaran pingat emas skuad berbasikal ialah keirin lelaki dan pecut wanita.