Skip to main content

Advertisement

Sukan Asia

Berbasikal: China medan terakhir Azizulhasni nilai prestasi

azizulhasni-awang.jpg
Piala Trek China 2018 menjadi penilaian terakhir jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, untuk menguji kemampuan selain tidak ketinggalan memantau kekuatan lawan serantau dari Asia sebelum Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, bulan depan. 

Selain menjadi sesi pemanas badan terakhir, kejohanan itu cukup penting untuk Azizul memantau sejauh mana tahap kemampuan pencabar serantau Asia di China agar dia dapat merencana persediaan lebih rapi dalam Sukan Asia.

Ini merupakan saingan kompetitif pertama Azizul selepas berakhir Sukan Komanwel 2018.

Podium tetap menjadi sasaran utama, namun juara dunia 2017 berkenaan harus berwaspada untuk mengelak sebarang kemalangan yang boleh mendatangkan kecederaan pada saat-saat akhir.

"Merancang peningkatan preatasi secara perlahan-lahan dan tidak mahu mencapai kemuncak prestasi terlalu awal.

"Sebab itulah kami ke China untuk menilai kemampuan sendiri dan lihat sebarang ruang yang boleh diperbaiki sepanjang kem terakhir Sukan Asia di Velodrom Nasional di Nilai nanti, " kata Azizulhasni yang ditemui di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan Kejohanan Perlumbaan CIMB Cycle 2018 yang menarik lebih 3,000 penyertaan dari 26 negara, hari ini. 

Menjelang Sukan Asia, Azizulhasni tidak menolak turut terasa ketiadaan ratu trek negara, Fatehah Mustapa, yang digugurkan dan kini tanggungjawab terletak di bahunya untuk mengetuai pelumba lain seperti Farina Shawati Mohd Adnan dan Anis Amira Rosidi di Jakarta nanti. 

"Saya berasa sedikit berbeza dengan ketiadaan Fatehah kerana saya telah bersama dengannya sejak 2007 lagi. 

"Saya berasa sedikit sedih tanpanya tetapi ini cabaran buat saya untuk mengetuai generasi baru," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video