Skip to main content

Sukan Lain

Bengkel kejurulatihan olahraga demi bakat muda negara

olahraga.jpg
Bengkel kejurulatihan akan diadakan untuk memberi bimbingan kepada barisan kejurulatihan untuk menjamin masa depan bakat-bakat muda negara.

Susulan kecemerlangan skuad olahraga remaja di Kejohanan Asia Tenggara Sabtu lalu, berkesudahan dengan empat emas, lima perak serta 12 gangsa. 

Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, berkongsi, perancangan program dan penjagaan atlet antara peranan penting selain prestasi atlet itu sendiri.

Ballard percaya program yang baik mampu meletakkan lebih ramai atlet di landasan yang tepat, mengikut jejak langkah Azeem Fahmi dan Shereen Vallabuoy.

Difahamkan, bengkel tersebut masih dalam proses perbincangan untuk dilaksanakan.

"Kita akan berkerjasam dengan MSN untuk mengadakan bengkel kejurulatihan supaya kita boleh mengoptimumkan sebaik mungkin bakat atlet negara," katanya menerusi Nadi Arena.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video