Skip to main content

Sukan Lain

Belum ada pengganti Newenham -- Syed Saddiq

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syedsaddiq.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengakui masih belum ada calon bagi menggantikan tempat Pengarah Program Podium, Tim Newenham, yang secara rasmi telah meletakkan jawatan, semalam.

Sama ada masih mahu menagih sentuhan pakar luar negara atau acuan tempatan, perkara itu juga belum diputuskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut Syed Saddiq, peletakan jawatan Newenham perlu diterima berikutan kegagalan kontinjen negara dalam dua temasya terbesar, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

"Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang diberikan Newenham kepada sukan negara," kata Syed Saddiq.

"Kami melihat prestasi kontinjen negara berdasarkan Sukan Asia serta Sukan Komanwel. Sasaran yang telah ditetapkan Program Podium, iaitu menamatkan saingan dalam kelompok 10 negara terbaik, gagal dicapai," ujarnya.

Beliau ditemui dalam majlis perasmian Kejohanan Badminton Astro Junior B-15 Tahun di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini. Kejohanan itu akan berlangsung selama empat hari mulai hari ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan.

"Terima kasih kepada pihak Astro. Saya mengharapkan lebih banyak lagi program akar umbi dalam pembangunan sukan negara.

"Kerana daripada segi pembangunan sukan, sukar untuk mendapatkan syarikat-syarikat memberikan penajaan kerana mereka lebih tertumpu kepada atlet yang sudah meraih kejayaan," tambah Syed Saddiq.

Advertisement

Must Watch Video