Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sudah lebih seminggu ditangguhkan, namun masih tiada kata putus diberikan berhubung tarikh baru AGM dan status pemilihan badan induk itu.
Setiausaha Agung MPM, Siti Zaharah Abdul Khalid, ketika dihubungi Bernama berkata tarikh baru untuk mengadakan AGM tidak dapat diputuskan lagi kerana ahli exco belum dipanggil untuk bermesyuarat.
"Mesyuarat exco mungkin diadakan minggu ini atau minggu depan. Kami tidak pasti lagi bila kerana presiden (SM Nasarudin SM Nasimuddin) masih belum memaklumkan apa-apa," katanya.
Siti Zaharah menjelaskan tarikh baru AGM hanya boleh diputuskan dalam mesyuarat exco, seterusnya tarikh itu perlu dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk mendapatkan kelulusan.
Usaha Bernama untuk mendapat maklum balas daripada SM Nasarudin, bagaimanapun, tidak mendapat respons.
Untuk rekod, MPM mengambil keputusan untuk menangguhkan AGM Ke-22 yang sepatutnya berlangsung pada 29 Jun lalu, serentak dengan proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi badan induk itu.
Berdasarkan perlembagaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh penangguhan, MPM perlu memanggil semua ahli gabungan untuk membincangkan tarikh baru sebelum diserahkan kepada PJS.
Kemelut itu tercetus apabila bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, atas kapasitinya sebagai timbalan presiden Persatuan Ragbi Berkerusi Roda menghantar borang pencalonan melebihi tempoh yang dibenarkan.
Perkara itu menyebabkan rasa tidak puas hati seorang lagi calon presiden, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, yang tampil menyerahkan sejumlah bukti kepada PJS untuk menyemak semula kelayakan Khairy.
-- BERNAMA