Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peruntukan berjumlah RM324 juta bagi pembangunan ekosistem sukan negara dan fasiliti sukan dalam pengumuman Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.
Peruntukan itu juga meliputi pencarian bakat, Program Podium dan kos penyelenggaraan dan menaik taraf fasiliti sukan di seluruh negara.
Selain itu, peruntukan RM20 juta juga turut disalurkan bagi program sukan, kebudayaan dan kesenian peringkat sekolah dan komuniti, dengan penglibatan golongan belia dan sekolah.
Kerajaan juga akan menyediakan dana geran padanan RM50 juta bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan, khususnya sukan berteraskan perpaduan, penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan dan program realiti sukan.
“Kerajaan juga bersetuju potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat diberi kepada individu atau syarikat yang menyumbang kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan yang melaksanakan program pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
“Bagi memelihara dan melindungi kebajikan atlet, dana RM5 juta disediakan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bermula tahun 2023. Dalam masa sama, Kerajaan turut bercadang untuk memberi potongan cukai kepada majikan yang menggaji bekas atlet negara,” kata Perdana Menteri dalam pengumuman berkenaan.