Jurulatih remaja kebangsaan, Magnus Hojby Anderson kini yakin dengan barisan perenang remaja yang sudah siap siaga mempamerkan taring mereka di Kejohanan Dunia Remaja di Romania.
Jurulatih berpengalaman kelahiran Denmark ini juga menegaskan bahawa kejohanan ini bukannya medan untuk mengangkat mana-mana perenang 'pilihan sebagai sandaran, namun memberi tumpuan kepada ruang untuk semua perenang remaja membuktikan kemampuan dan prestasi yang sebenar.
"Saya teruja untuk melihat atlet-atlet renang remaja yang bakal membawa nama Malaysia di Kejohanan Dunia Remaja buat pertama kali" - katanya
Dalam pada itu, Anderson turut meluahkan keterujaan sepanjang mengendalikan skuad muda itu yang sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki elemen-elemen penting di setiap sesi latihan.
"Atlet remaja negara pamer semangat juang dan kerja keras yang hebat dan saya teruja melihat prestasi mereka di dalam kolam renang" - katanya.
Kejohanan Renang Dunia Remaja 2025 akan membuka tirainya pada 19 sehingga 24 Ogos di Otopeni, Romania.