Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, sekali lagi mencipta sensasi apabila mengatasi rekod kebangsaan miliknya -- tetapi tidak diiktiraf berikutan faktor bantuan angin.
Pelari kelahiran Ipoh berusia 19 tahun itu menamatkan saingan suku akhir 100m, divisyen satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Jacksonville, Florida, di kedudukan ke-11 dengan catatan 10.04s.
Namun, bantuan angin +5.5 meter per saat (m/s) di Stadium Hodges itu menyekat peluang Azeem -- yang mewakili Universiti Auburn -- untuk mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri, 10.09s, yang dilakukannya ketika Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Ogos 2022.
Untuk diiktiraf sebagai rekod kebangsaan, maksimum had bantuan angin yang ditetapkan adalah +2.0m/s.

They movin out here! (+5.5) ???
— Travis Miller (@travismillerx13) May 26, 2023
9.85(Q) - Da'Marcus Fleming (LSU)
9.87(Q) - Cole Beck (Virginia Tech)
9.88(Q) - PJ Austin (Florida)
9.98(q) - Javonte Harding (Tennessee)
9.99(q) - Rodney Heath JR. (Louisiana Tech)pic.twitter.com/ZU8sUNFXBu