Skip to main content

Sukan Lain

Ballard sambut baik pelan tukar balapan tamat tempoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stadium-bukit-jalil-balapan.jpg
Beberapa trek olahraga di sekitar Lembah Klang tidak lagi mendapat pengiktirafan Olahraga Dunia (WA). 

Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, menjelaskan bahawa WA dan Mondo Athletic akan hadir hujung bulan ini bagi tujuan menilai keadaan trek di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Majlis Sukan Negara (MSN). 

"Jangka hayat penggunaannya selama lima tahun sudah tamat tempoh tahun lalu. 

"Ia perlu ditukar dan kami mengambil maklum mengenainya berikutan penganjuran super siri. 

"Kami juga teruja memandangkan mereka (PSM - Perbadanan Stadium Malaysia) bercadang menukarnya pada tahun ini. 





"Mondo Athletic akan ke mari untuk memantau keadaannya balapan selain beberapa kemudahan sukan lain juga. 

"Kerja baik pulih di MSN Bukit Jalil dan Stadium Mini MSN, Bukit Jalil ini dijangka siap hujung tahun ini, tapi Saya berharap ia boleh siap secepat mungkin sebagai persediaan kami menghadapi Sukan SEA 2027," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Untuk makluman, Mondo Athletic merupakan jenama itali yang menghasilkan permukaan trek berkualiti tinggi, sering digunakan dalam kejohanan dunia dan Sukan Olimpik atas prestasi serta keselamatannya apabila digunakan oleh semua pelari berprestasi tinggi. 




 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video