Gareth Bale memberikan tumpuan untuk menamatkan musim dengan baik, termasuk dalam kempen Euro 2020 Wales, sebelum melihat apa yang bakal berlaku dalam kariernya.
Selepas menjadi pemain berpengaruh di Real Madrid, Bale kembali ke Tottenham bagi kempen 2020-21 secara pinjaman dan kelihat sebagai jalan penyelesaian yang ideal bagi semua pihak.
Namun, pemain berusia 31 tahun itu tiba dengan kecederaan lutut yang memerlukan dia menjalani rehabilitasi sekaligus melambatkan permulaannya bersama Spurs. Selepas menunggu sehingga 18 Oktober untuk beraksi dalam skuad utama, dia hanya menyempurnakan 90 minit sekali -- bertemua Wycombe Wanderers dalam Piala FA.
Namun ada tanda-tanda kembali tampil sebelum rehat antarabangsa, termasuk menjaringkan dua gol dan melakukan assist dalam kemenangan 4-0 ke atas Burnley.
Bale turut menemui sasaran dalam kemenangan ke atas Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), meningkatkan jumlah jaringannya kepada dua angka dalam semua pertandingan.
Fokusnya kini terarah kepada kempen kelayakan Piala Dunia Wales -- setelah tewas dalam aksi pembukaan Kumpulan E ke Belgium, mereka menjadi tuan rumah kepada Republik Czech esok -- sementara tidak ada keperluan daripada pihaknya untuk mencari 'penyelesaian' untuk situasi di peringkat kelab.
"Bagi saya, pertama dan terpenting, saya masih mempunyai musim ini, masih banyak permainan yang perlu dijalani sehingga Euro," kata Bale.
"Menjelang musim depan, secara sah kontrak saya mengatakan bahawa saya harus kembali ke Real Madrid, seperti yang saya nyatakan. Saya rasa itu perkara itu tidak menyinggung mana-mana pihak.
"Real Madrid adalah kelab induk saya dan apa yang saya setujui, saya dipinjamkan ke Tottenham hingga akhir musim. Itulah rancangannya setakat ini; alasan saya meninggalkannya adalah kerana saya mahu bermain dan mendapatkan perlawanan sesuai, untuk menikmati bola sepak saya.
"Jelas sekali, menjelang musim panas saya akan kembali ke Real Madrid dan kami akan pergi dari sana. Saya rasa rancangannya adalah untuk kembali, sama ada ketika saya duduk bersama ejen saya dan memutuskan sesuatu, kami akan lakukan pada musim panas."

SGÔR TERFYNOL | ??????? 1-0 ??
— Wales ??????? (@Cymru) March 27, 2021
The centurion captains Cymru to the win ???????#WALMEX | #TogetherStronger pic.twitter.com/HjHCAvITDY