Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, memberi jaminan program persiapan atlet negara menuju ke sukan bertemasya 2023 dan 2024 tidak akan terjejas dengan perubahan dalam pembentangan semula Bajet 2023.
Tegasnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi menterinya, Hannah Yeoh, sentiasa berusaha untuk memastikan industri sukan negara terus diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Antara temasya utama yang bakal dihadapi kontinjen Malaysia ialah Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia Hangzhou 2023 selain Sukan Olimpik Paris 2024.
"ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara) saling bekerjasama rapat untuk pastikan persediaan untuk kejohanan akan datang," katanya yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Kejohanan Bola Keranjang Gatorade MVP 3 on 3 Tour 2023, hari ini.
Adam turut memuji pendekatan yang diambil Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) yang giat mempromosi sukan mereka kepada komuniti bukan cina bagi memperluaskan penglibatan semua kaum.
"Saya tidak berapa cekap dengan bola sepak jadi bola keranjang jadi pilihan saya.
"Sukan tidak kenal warna kulit dan apabila MABA tekankan dapat perluaskannya untuk komuniti dan latar belakang yang berbeza, kami ucapkan penghargaan dan sangat galakkan," katanya lagi.